PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Khamis, 18 April 2013

18 April, 2013

Umno BN Makin Nazak.. Lagi Calonnya Tarik Diri

Kurang 24 jam selepas Umno terus menerima tamparan hebat apabila seorang calon yang sudah diberikan watikah perlantikan mengumumkan untuk menarik diri, hari ini nasib malang parti itu berterusan!Jika semalam, calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Tanjung Bidara, Melaka menarik diri, hari ini berjangkit pula ke Negeri Sembilan, salah satu negeri yang disasarkan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan negeri baru.

Calon BN bagi DUN Johol, Mohd Fadzil Abu Kasim, 48, mengesahkan beliau menemui Pengerusi BN negeri, Mohamad Hasan pagi ini, untuk mengembalikan watikah pelantikan itu.Beliau yakin keputusan menarik diri daripada bertanding itu dibuat untuk kebaikan semua pihak, sekali gus memberi peluang BN menang pada pilihanraya umum kali ini.

"Memang ada bantahan berhubung perlantikan saya sebagai calon DUN Johol.Sebab itu saya tarik diri kerana tidak mahu melihat perpecahan orang Melayu," katanya ketika dihubungi di sini.Sementara itu, Mohamad Hasan, mengakui seorang lagi calon BN di negeri ini berhasrat menarik diri bertanding pada pilihanraya kali ini.

Bagaimanapun, katanya, calon berkenaan dinasihat berfikir semula dari segenap sudut sebelum membuat sebarang keputusan muktamad."Calon itu datang berbincang dengan saya mengenai perkara ini, pagi tadi dan saya harap keputusan yang dibuatnya tidak dipaksa mana-mana pihak."Jika keputusannya masih sama, iaitu mahu menarik diri, saya akan berunding dengan bahagian berkenaan untuk mencari calon baru," katanya kepada media selepas majlis menandatangani borang penamaan calon di kediaman rasmi Menteri Besar di Seremban, hari ini.

Dipercayai Mohd Fadzil tidak diterima oleh penduduk di Johol sejak sekian lama dan perlantikannya hanya akan menyebabkan BN bakal kehilangan kerusi tradisi itu sejak 50 tahun lalu.Difahamkan, lapan pusat daerah mengundi (PDM) menutup operasi, manakala dua PDM iaitu Dangi dan Inas beroperasi seperti biasa.Lapan PDM itu ialah, Malan Baru, Selaru, Kuala Johol, Padang Jual, Inas, Pekan Johol, Air Mawang, Nuri dan Kepis.

Lebih merumitkan keadaan, bilik gerakan kecil PDM Kepis bertempat di Kampung Sri Kepis ditutup dan bendera Umno dan BN diturun sebagai tanda protes di atas pengumuman tersebut.Sebagai rekod, sebelum pengumuman calon BN seluruh Negeri Sembilan kelmarin, satu bantahan calon Dun Johol telah diadakan di PDM Air Mawang pada 10 April lalu selepas desas-desus menyatakan calon Dun Johol 'turun dari langit'.

Seramai 120 ahli jentera PDM telah sebulat suara menentang calon berkenaan kerana tidak dikenali dan jarang berada di Johol meskipun calon berasal dari Kampung Simpang Air Mawang kerana tuntutan kerja.Bagaimanapun, suara jentera PDM tidak mampu mempertahankan calon yang mereka kehendaki dan Mohd Fadzil diangkat sebagai calon Dun Johol menentang calon PAS, Nor Azman Mohamad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan