PRU13: Mengundi 5 Mei, penamaan calon 20 April
Salmiyah Harun, | 10 Apr 2013 |

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon PRU13 pada 20 April dan hari mengundi pula 5 Mei depan.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas di ibu pejabat SPR di sini, sebentar tadi.
Pada 3 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU13 diadakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan