PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 17 April 2013

Sebut video lucah, orang teringat Umno

Subky Latif, 17 Apr 2013

VIDEO fitnah Mustafa Ali terbit selepas polemik Setiausaha Dewan Pemuda PAS membangkit kemungkinan jika Rasulullah SAW dibangkitkan masa ini video kotor seperti itu juga dibuat orang.

Demikian gambaran rosaknya akhlak masyarakat Malaysia sekarang.

Fitnah kotor terhadap Nabi bukan suatu yang mustahil jika kita kembali ke zaman Nabi Musa a.s. didalangi Qarun mengupah seorang perempuan mengaku didera seks oleh Nabi yang maksum itu. Gara-gara perbuatan keji Qarun itu, dia dan harta kekayaannya ditelan bumi.

Sebaik saja reda polemik atas andaian pemimpin Pemuda PAS timbullah video memfitnah Dato Mustafa Ali yang pada anggapan orang di luar UMNO adalah amat payah dipercayai. Dengan itu andaian pegawai PAS itu ada relevennya.

Sebagaimana Al-Marhum Ustaz Fadzil tidak percaya langsung atas tuduhan ke atas Anwar  Ibrahim, maka saya sendiri bersikap demikian atas fitnah Cikgu Pa itu.

Bukan saya saja berfikiran begitu, umum memberitahu  saya, pandangan umum kebanyakan orang juga begitu.

Sebaik saja fitnah itu tersebar, spontan fikiran orang teringatkan UMNO. Mereka tidak percaya pemimpin PAS boleh jadi begitu. Kepercayaan masing-masing ia adalah angkara gejala UMNO.

Mungkin ada orang PAS yang tidak senonoh buat begitu, tetapi orang tidak percaya. Payah orang hendak percaya. Mungkin fitnah itu bukan gara-gara UMNO, tetapi orang merasakan ia tidak mustahil.

Setiap yang bertanya  saya tentang fitnah atas Cikgu Pa itu, saya tanya adakah dia percaya? Semuanya menjawab, mereka tak percaya.  Habis mereka percaya angkara siapa? Mereka tergelak kecil. Angkara musuh PAS yang sebelah sanalah.

Adakah awak yakin gejala itu yang buat? Jawab masing-masing, kalau mereka tak buat pun, orang akan percaya mereka yang buat.

Maka dengan demikian fitnah yang dibuat menjelang pilihan raya lebih mencederakan orang sebelah sana. Ia tidak mencederakan sangat PAS.

Dato Ahmad Maslan menafikan ia angkara gejala orang partinya. Katakanlah dia betul, tetapi budaya dan akhlak yang amat rosak itu adalah  gara-gara masyarakat yang dibentuk oleh pemerintahan Barisan Nasional sejak  merdeka.

Kerajaannya gagal membentuk masyarakat yang beradab  dan santun. Maka beban dan tanggungjawab keburukan itu tertimpa ke atas UMNO juga.

Budaya video sekotor itu telah banyak dialami oleh Anwar Ibrahim. Umum menolak fitnah terhadap Anwar. Dengan video klip Cikgu Pa itu dikira oleh semua sebagai fitnah, maka semua yang dihadapi Anwar itu bertambah tidak laku lagi.

Cikgu Pa mengambil sikap tutup mulut dan menyerahkah fitnah itu kepada peguam. Tetapi Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan UMNO menempelak sikap berdiam diri Cikgu Pa dan sekalian pemimpin PAS.

Dicabarnya mereka supaya jangan berdiam diri tetapi tampil membuat penjelasan kepada umum. Apa yang Mustafa Ali buat itu sama dengan membisu seribu bahasanya Perdana Menteri Najib dalam  semua tohmah terhadapnya berkait dengan tragedi menimpa Altantuya dan pembelian kapal selam Perancis yang bertukar menjadi skandal dan perkara itu sudah difailkan di mahkamah Paris.

Apa jua yang dibongkar oleh mendiang penyiasat bebas Balasubramaniam dan Deepak tidak pernah dijelaskannya. Hatta tunggul bercakap, Najib tetap diam.

Mungkin Ahmad Maslan faham, rupanya Mustafa meniru diam Najib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan