PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Jumaat, 26 April 2013

PECAH BERITA! Kamilia Buat U-Turn Masa Najib Datang Kuala Kangsar?


Walaupun Umno bahagian Kuala Kangsar menafikan bahawa kehadiran BEKAS perdana menteri, Najib Razak ke bandar diraja Perak ini kerana perpecahan dalaman, tetapi hakikat yang berlaku sebaliknya.

Najib yang baru saja tiba sebentar tad di Arena Square di bandar keempat terbesar di Perak ini dijangka bersama dengan pengundi Umno dan Barisan Nasional (BN) buat kali pertama sejak hari penamaan calon pada 20 April lalu yang sarat dengan keputusan mengejutkan di seluruh negara.

Bekas naib ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim yang bertindak menjadi calon bebas menandakan siri pertama perang saudara dalam Umno bahagian walaupun cuba ditutup BEKAS penyandang kerusi, Rafidah Aziz semalam.

Sambil memperlekehkan tindakan Kamilia kononnya yang mengiringinya ke pusat penamaan calon Sabtu lalu adalah anak saudaranya, Rafidah dilihat cuba menyembunyikan pekung yang terdedah satu persatu, sama ada dibongkar oleh PAS atau dari dalam kem Umno sendiri.

Mana tidaknya, calon yang ditampilkan BN, Wan Muhammad Khairil tidak berapa dikenali penduduk tempatan kerana banyak menghabiskan masanya di Ipoh atau di Kuala Lumpur dan hanya sekali-sekala menjenguk Kuala Kangsar.

Kehadiran Najib hari ini dijangka akan lebih terarah kepada strategi bagaimana perpecahan dalam Umno bahagian boleh dikurangkan susualan daripada tindakan Kamilia yang menuduh Najib sebagai pembohong, Selasa lalu.


Kamilia mendakwa Najib menipunya kerana dia langsung tidak ditawarkan tempat di mana-mana kerusi seperti yang didakwa Najib sebelum ini.

Najib kononnya menawarkan DUN Bukit Chandan dalam parlimen sama tetapi Kamilia menolak kerana dia tetap mahukan Kuala Kangsar kerana sudah berkempen sejak lima tahun lalu sebaik sahaja Rafidah diumumkan menang dalam pilihanraya umum 2008 dan menegaskan ia merupakan penggal terakhirnya.

Bagaimanapun, perkembangan terkini yang berlaku beberapa jam lalu menyaksikan Kamilia dikatakan sudah memohon maaf kepada pengundi setianya kerana terpaksa bertanding sebagai calon Bebas walaupun ramai yang mahukan dia menjadi calon BN.

Dalam satu klip video yang diedarkan kepada wartawan semalam, Kamilia dilihat sudah 'insaf dan bertaubat' atas 'kegopohannya' bertanding sebagai calon Bebas kerana Umno langsung tidak memilihnya sebagai calon BN walaupun sudah berjuang selama 30 tahun dalam pergerakan itu sejak dari zaman Aishah Ghani dan Rafidah sendiri.

Pun begitu tegasnya, dia tidak akan sesekali menyerah sebelum berjuang kerana berundur merupakan pantang bagi seorang pejuang yang akan terus berbakti kepada rakyat dan orang Kuala Kangsar lebih mengenalinya berbanding Khairil yang dipilih sendiri BEKAS menteri besar HARAM, Zambry Kadir.

Kamilia yang anggun berbaju ungu dalam rakaman tersebut menambah dalam sistem demokrasi berparlimen, jika dia tidak diberi watikah perlantikan calon ini bermakna dia layak bertanding sebagai calon Bebas asalkan mematuhi peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).


Inilah yang merisaukan Najib kerana belum pun selesai isu pemecatan 61 anggotanya termasuk Kamilia Isnin lalu, satu lagi berita bagaimana penyokong Umno di Pulau Pinang menolak kehadiran timbalan pengerusi perhubungan Umno negeri, Musa Sheikh Fadzir yang bertanding juga walaupun dibantah majoriti ahli.

Bagaimanapun, Najib lebih menumpukan kepada Kuala Kangsar berbanding Pulau Pinang kerana dalam fikirannya parlimen itu dan negeri Perak masih boleh 'diselamatkan' berbanding cuma 45 peratus saja bagi negeri di utara Semenanjung itu.

Inilah sebabnya mengapa Najib sanggup terbang ke Kuala Kangsar hari ini kerana pengaruh Kamilia dalam pergerakan wanita Umno Malaysia bukannya sedikit, malah mampu mencabar bosnya sendiri yang terpalit dengan skandal NFC, Shahrizat Jalil sekiranya menang di parlimen ini.

Berdasarkan maklumat terbaru, Kamilia berpeluang melakukan kejutan dengan syarat bertemu seberapa ramai pengundi dalam tempoh berkempen yang cuma tinggal 10 hari saja lagi.

Apakah kedatangan Najib hari ini mampu menyambung kembali labu sayong yang dah retak dan pecah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan