PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Ahad, 7 April 2013

PANAS! Mahathir Beli Insurans Untuk Ibrahim Ali?


Bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad menggesa BN memberikan laluan kepada Presiden PERKASA, Ibrahim Ali bertanding dalam pilihan raya umum menggunakan tiket parti itu.

Beliau malah berikrar akan turun ke Kelantan bagi membantu memenangkan Ibrahim yang sebelum ini menggunakan lambang PAS.

Dalam pilihanraya umum lalu, Ibrahim menewaskan calon BN, Ahmed Rasdi Mahmed dengan majoriti 8,991 undi.

Pada 2004 beliau bertanding sebagai calon bebas dalam pertembungan tiga penjuru dengan PAS dan BN tetapi tewas dengan undi paling rendah.

Calon PAS, Ismail Noh menang dengan majoriti 1,251 undi dalam pilihanraya 2004.

Presiden PERKASA itu berkata beliau tetap akan bertanding walaupun sebagai calon bebas, namun akan turut berunding dengan mana-mana parti yang ingin mengadakan kerjasama dengannya.

"Nak berunding saya kena tengok dulu dasar perjuangan, tindak tanduk... Tengok dasar perjuangan, boleh berunding dan berkongsi dengan sesiapa sahaja dalam pilihan raya akan datang

"(Jika) tidak ada perkongsian, saya bebas, saya solo, saya tetap akan bertanding walaupun saya seorang diri.

"Saya tetap bertanding walaupun 10 atau 15 penjuru, tetapi terbuka untuk bekerjasama dengan orang mahu bekerjasama dengan saya," katanya.

Ibrahim turut mendakwa Umno telah "melukakan hatinya" kerana menggugurkan beliau daripada jawatan ketua bahagian Pasir Mas semasa persempadanan semula kawasan pilihanraya dijalankan sebelum ini.

Susulan itu, beliau kemudiannya bertanding atas tiket PAS pada 2008 dan memenangi kerusi tersebut hasil kerjasama "menang-menang" dengan parti Islam tersebut, katanya.

Ibrahim berkata beliau juga tidak sepatutnya dianggap sebagai "kacang lupakan kulit" kerana PAS, dakwanya, mendapat keuntungan daripada perkara itu.

"Sokongan saya kepada PAS, tidak sedikit yang mereka dapat. Kena tengok sejarah. Kena teliti betul-betul," katanya.

Beliau juga mendakwa menjadi "mangsa cemburu" pihak tertentu atas prestasi dan khidmat yang diberikannya selama ini.

"Siapa yang melukakan siapa? Dua-dua parti ini melukakan saya. Saya tidak pernah melukakan Umno, Umno yang melukakan saya," katanya.

Bagaimanapun difahamkan Umno sudah mempunyai calonnya sendiri dan menolak Ibrahim kerana dianggap pelampau Melayu sama seperti Mahathir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan