PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Ahad, 7 April 2013

PECAH BERITA! Nasharuddin Pun Nak Beli Insurans Macam Ibrahim Ali?


Setelah beberapa jam lalu, bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad nampaknya cuba membeli insurans untuk presiden Perk@sa, Ibrahim Ali beertanding di parlimen Pasir Mas, seorang lagi pencacai Umno tetapi masih berkulit PAS pun nak beli juga!

Punyalah gelabah biawak dan marah apabila BEKAS timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mendapat tahu bahawa DAP mahu menggunakan lambang PAS sekiranya parti itu diharamkan pendaftarannya.

Kata Nasha dalam satu laporan berita yang disiarkan sebentar tadi kunun mempersoalkan mengapa Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang mahu memakai lambang PAS sedangkan pada hematnya lebih baik menggunakan lambang KEADILAN.

Konon Nasha lagi, DAP tidak layak menggunakan lambang parti Islam itu kerana DAP menentang perlaksanaan hukum hudud yang mana merupakan cita-cita dan matlamat PAS ditubuhkan pada 1951.

Tambahnya lagi DAP sedar bahawa kesilapan pengumuman undi bagi pemilihan jawatankuasa tertinggi pusat (CCC) parti itu bakal menyebabkan parti itu dibatalkan pendaftarannya kerana melanggar beberapa seksyen dalam Akta Pertubuhan 1966.

Selain isu tersebut, Nasha juga tumpang sekaki menempelak Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim kononnya tidak berani keluar dari Permatang Pauh kerana takut kalah jika bertanding di parlimen lain.

Sebenarnya, Nasha juga sedang mengintai peluang untuk bertanding bagi meneruskan nyawa politiknya setelah PAS mengeluarkannya dari senarai jawatankuasa ulama parti itu tahun lalu.

Walaupun ada sumber mengatakan Nasha mahu kembali bertanding di bekas kawasan parlimennya di Bachok, namun ia ditolak mentah-mentah kerana Awang Adek Hussin terus diletakkan sebagai calon Umno menentang calon PAS yang akan diumumkan tidak lama lagi,

Tetapi apa yang Nasha tidak tahu, pengundi Bachok sudah tidak mahu khidmatnya diteruskan kerana jarang berada di kawasannya, sebaliknya menghimpit Najib Altantuya ke Makkah dan Gaza tahun lepas.

Setelah gagal dalam misi kerajaan perpaduan hingga menyebabkan Hasan Ali terpelanting, inilah masanya paling sesuai untuk menunjukkan dirinya masih berkuku dalam politik menggunakan platform musuh partinya, Umno.

Khidmatnya yang suam-suam kuku itu memaksa bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turun meneliti masalah penduduk terutama isu hakisan di Pantai Irama dan tekanan air rendah.

Nasha yang sememangnya terdesak mencari kerusi untuk bertanding kini ibarat kupang tembaga dan hanya mengharapkan belas kasihan Najib Altantuya untuk meletakkannya di mana saja asalkan namanya tidak tenggelam dalam arena politik negara.

Walau masih bergelar ahli PAS biasa, pendirian dan tindakan Nasha langsung tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang Islam yang mempertahankan agamanya malah menghentam pula Pakatan Rakyat yang mahu menjamin kebajikan rakyat terus terpelihara.

Apakah nasib Nasha selepas mengganyang PAS dan Anwar?

Jangan takut, semuanya akan berakhir tak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan