Punca Najib Tergesa-Gesa Beli Senjata Sebelum Bubar Parlimen?
GERIK 5 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal tindakan kerajaan
pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang tergesa-gesa membeli peralatan
persenjataan, hanya seminggu sebelum Parlimen dibubar.
“Seminggu sebelum bubar, beli lagi senjata RM4 bilion, tak sabar. Sain (tandatangan) cepat-cepat,” katanya depan hampir 10,000 orang pada Jelajah Merdeka Rakyat di sini, malam tadi.

Ketua Umum KEADILAN itu tekad membatal kontrak itu sebaik sahaja Pakatan
Rakyat menawan Putrajaya dengan mengambil kira nasihat pegawai tentera.
“Kita menang, saya batalkan kontrak. Kita minta (pandangan) pegawai tentera, kena tanya orang yang pakar. Mana ada orang tahu semua bidang, jadi jangan takbur,” katanya.
Beliau berkata, masalah keselamatan dan pertahanan yang berlaku dalam negara ini berlaku akibat ia dikendali oleh orang yang tidak berkelayakan khususnya kroni Umno BN.
“Kalau alatan pertahanan laut, serahkan urusan ini kepada Laksamana (B) Imran Abdul Hamid sebab dia berpengalaman, bukan bagi pada kroni Umno.
“Kalau tidak, mereka pilih senjata yang boleh dapat komisen yang banyak. Macam kes beli dua kapal selam (Scorpene), komisen RM500 juta,” katanya. ~keadilandaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan