PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 3 April 2013

KERJA KHIANAT PUAK-PUAK FASIK BERMULA...

LENGGONG: 19 Mac - Pas kawasan membuat 2 laporan polis, berhubung kain pemidang bertulis doa untuk kemenangan islam yang tertera gambar YDP Pas Lenggong, tn hj Razman Zakaria, setelah di dapati dikoyak di persimpangan jalan masuk ke Rancangan Felda Lawin Selatan.

Manakala 1 lagi laporan berkenaan dengan fitnah terhadap ucapan Menteri Besar Kelantan tn Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan tn Guru Abd Hadi Awang, berkaitan pemberian bantuan BR1M 2.0 baru-baru ini.

Aduan itu di buat pada jam 3.30 petang tadi, di Ibu Pejabat Daerah Polis Gerik, oleh Sdr. Azni Mohammed Zamri, 33, selaku pen. setiausaha Pas Kawasan bersama sekumpulan penyokong Pas, meminta supaya siasatan dan tindakan segera dapat di ambil oleh pihak berkuasa terhadap perbuatan khianat dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Azni ketika ditemui berkata, perbuatan khianat seperti ini hendaklah di hentikan segera, kerana di bimbangi akan berlaku pergeseran di antara kedua-dua belah pihak penyokong Parti yang bertanding di Parlimen dan 2 dun di daerah ini.

Menurut Azni lagi, Pas tidak mahu sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku menjelang pilihanraya umum nanti setelah ada pihak tidak bertanggungjawab melakukan perkara sebegini yang di syaki, cuba untuk menimbulkan kemarahan dan mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan penyokong parti. Jika perkara ini di biarkan berlanjutan, di bimbangi sesuatu yang di luar jangkaan mungkin akan terjadi, Jelas Azni.

Sementara itu, laporan polis kedua berkenaan kain pemidang berunsur fitnah yang di pasang di beberapa tempat di Dataran Lawin dan kg. Air Panas, turut di buat kerana paparan tulisan pada kain pemidang itu sama sekali tidak tepat sepertimana yang di maksudkan oleh Mursyidul Am dan Presiden Pas.

Ketua Penerangan Pas kawasan, sdr. Saidi Sabri, 41, ketika di temui berkata, “Pas Kawasan tidak membenarkan sama-sekali ahli dan penyokongnya membuat keputusan sendiri seperti menurunkan kain pemidang berunsur fitnah di pamerkan itu, dan menegah ahli parti daripada melakukan sebarang perbuatan khianat terhadap bahan kempen parti lawan di sepanjang tempoh menghadapi pilihanraya umum yang akan berlangsung tidak lama lagi.”


Saidi yang mewakili jawatankuasa Pas Kawasan, meminta pihak polis mengambil tindakan dengan segera bagi  membendung perkara seperti ini daripada terus berlaku supaya pilihanraya umum pada kali ini berlangsung dengan adil dan selamat daripada sebarang kejadian yang tidak di ingini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan