PAS LENGGONG ANJUR SOLAT HAJAT: Mohon Selamatkan Negara dan Rakyat Dari Segala Bahaya.
Lenggong: 14 Mac - Pas Kawasan Anjurkan majlis solat
hajat memohon pertolongan Allah agar Negara ini aman daripada sebarang bencana dan
mendoakan rakyat di selamatkan daripada sebarang keganasan serta kezaliman seperti
yang sedang berlaku dalam Negara akhir-akhir ini.
Sementara itu, hj Razman berkata, penganjuran solat hajat
ini mengajak semua umat islam bersatu di bawah payung islam, serta menghayati
kebergantungan kita dengan Allah di dalam menghadapi sebarang kemungkinan
disetiap keadaan dan situasi.
Sejurus selesai solat isyak, ceramah umum turut diadakan di
dataran hj Zul, di lokasi yang berdekatan dengan menampilkan Ust. Mohd Asri
Zainal Abidin Ajk Dewan Ulamak PAS Pusat,
sebagai penceramah utama ust.
Ibrahim Zakaria serta tn hj Razman Zakaria.
Ust. Mohd Asri dalam ucapan ceramah beliau menjelaskan, PRU
13 ini merupakan pilihanraya paling getir bagi Umno Bn. Kerana angka 13,sering
di percayai oleh Umno Bn sebagai angka yang tidak memberi kelebihan kepada
mereka.
Jelas ust Mohd Asri, Sebenarnya di dalam islam, angka 13
tidaklah memberikan apa-apa kemudaratan atau kebimbangan kepada seluruh umat
islam. Malah, lebih memberi kekuatan iman jika di lihat dari perspektif islam
menurut sejarah peperangan dunia islam yang menyaksikan angka 13 lebih berpihak
kepada kemenangan islam.
Umno Bn tidak perlu
terikut-ikut teori barat yang mempercayai angka 13, sebagai angka membawa
malapetaka. Sebaliknya, malapetaka yang jelas sudah berlaku, rakyat pada hari
ini telah menyaksikan peristiwa berdarah di Lahad Datu, Sabah, angkara memberi
kad pengenalan kepada warga asing seperti pengakuan Tun Mahathir baru-baru ini.
Jelas ust. Mohd Asri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan