Rupanya Ini Punca Penasihat Agama Zambry Kadir Tak Bertanding PRU 13
Apakah sebab sebenar seorang BEKAS ADUN Umno yang mengumumkan tidak akan bertanding dalam plilihanraya umum tidak lama lagi?
Penasihat Agama kepada BEKAS menteri besar HARAM Perak, Najmudin Elias
Al Hafiz yang mengumumkan hasrat tidak bertanding kelihatan menangis
teresak-esak apabila mengumumkan hasratnya
Tambah Najmuddin, keputusan itu yang dibuat atas dasar rela hati
kononnya bagi membolehkannya menumpukan perhatian kepada hal ehwal agama
Islam dan berdakwah.
“Saya akan memberi sokongan penuh kepada sesiapa juga calon Barisan
Nasional (BN) di DUN Batu Kurau,” katanya kepada pemberita di Ipoh
semalam.
Katanya, langkah beliau mengumumkan lebih awal itu juga bagi memudahkan
Pengerusi BN Perak, Zambry Abdul Kadir membuat keputusan.
Beliau juga berpandangan muka baharu BN tidak akan menghadapi masalah
bertanding di DUN Batu Kurau kerana kawasan itu kubu kuat BN.
Perkara itu, katanya, dapat dilihat pada jumlah undi majoriti yang
diperolehinya pada Pilihan Raya Umum 2008 iaitu sebanyak 2,439 undi,
sedangkan kawasan lain dilanda tsunami politik.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Najmuddin berjaya mempertahankan kerusi DUN
Batu Kurau dengan 7,023 undi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat
(KEADILAN), Hamid Ali yang memperoleh 4,584 undi.
Dakwanya, pengundi DUN Batu Kurau masih lagi memerlukan khidmatnya
tetapi oleh kerana beberapa perkembangan menarik berlaku dalam DUN ini,
ada lebih baik dia awal-awal lagi berundur kerana memegang status
seorang 'ahli agama' dan reputasinya bakal terjejas sekiranya kalah.
Tindakan Najmudin patut dipuji kerana sudah mengetahui BN tidak mampu
mempertahankan kuasa selepas merampas negeri ini secara haram pada 4
Februari 2009.
Rasanya inilah balasan kepada seorang ahli agama yang sanggup
bersekongkol mempertahankan kuasa secara haram tanpa memikirkan apa yang
akan berlaku beberapa tahun kemudian.
Tetapi, persoalan yang bermain di fikiran pengundi adalah, apakah dia
benar-benar tidak mahu bertanding atau dipaksa untuk berundur ataupun
sudah menghidu kekalahan di DUN tersebut?
Hanya masa yang akan menjawab segala persoalan ini. ~jalan pulang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan