Serangan lumpur - ada gambar.
Oleh Mohd Syamil Azhar. (0195509075) LENGGONG: Masjid Kampung Banggol Batu dekat sini tiba-tiba dikejutkan lontaran lumpur yang mengenai beberapa orang ahli jamaah ketika imam bertugas membaca doa selepas solat Jumaat kira-kira jam 2 petang semalam. Antara yang terkena lontaran lumpur dari arah tingkap cermin depan mehrab (ruang imam) oleh orang yang tidak dikenal pasti dalam kejadian itu ialah bekas Pengerusi masjid berkenaan, Abdul Halim Abdullah, 74, Imam 1, Ibrahim Saidi, 70, dan Bilal bertugas. Imam bertugas, Husairi Ariffin, bagaimanapun tidak terkena lontaran lumpur yang dipercayai diambil dari dalam longkang masjid itu juga. Halim (gambar), ketika memberitahu kejadian, berkata kejadian itu berlaku dengan tidak semena-mena dan oleh kerana pada ketika ahli jamaah sedang mengangkat tangan mengaminkan doa, tidak ramai yang menyedarinya, kecuali beberapa orang di bahagian saf depan dan kedua yang duduk di belakang imam. "Ketika itu orang sedang khusyuk mengaminkan doa imam bertugas, tiba-tiba dikejutkan lontaran lumpur dari arah tingkap cermin depan mehrab. "Saya terkejut jugalah apabila sebahagian lumpur itu mengenai pipi bawah mata kiri dan sedikit di bahagian jubah, tetapi Imam Ibrahim yang terkena banyaknya," katanya. Halim berketa, orang yang melakukan perbuatan biadap itu mungkin terus keluar masjid selepas salam, lalu mengambil (mencabut) pokok inai air air berserta lumpur pada perdunya di dalam longkang sebelum melontarkannya ke dalam masjid. Beliau yang juga bekas pengerusi masjid itu selama beberapa tahun, berkata tidak tahu apa punca perbuatan itu dan kepada siapa hendak dilontarkan lumpur itu, bagaimanapun berharap pihak terbabit tidak mengulangi perbuatan itu. "Kalau tidak berpuas hati terhadap seseorang, nyatakan secara bersemuka, bukan melakukan perbuatan biadap seperti itu. Hormatilah masjid sebagai rumah Allah," katanya. | |
Balas | Balas kepada semua | Kirim Semula | Cetak | Padam | Tunjukkan yang asal |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan