PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 1 April 2013


Borang - ada gambar.
Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: Penyerahan 30 borang permohonan menjadi ahli di Kampung
Temelong dekat sini baru-baru ini menambahkan lagi kekuatan PAS
Lenggong, khususnya bagi cawangan kampung itu yang selama ini menjadi
kubu kuat Umno.
     Ketua cawangan, Mohd Tahir Awang Kechil, berkata sebahagian besar
daripada 30 borang itu adalah permohonan keahlian daripada kalangan
pemuda yang rata-rata sekarang ini semakin faham dengan dasar
perjuangan sebenar PAS.
     "Perjuangan PAS berdasarkan al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias,
bukan berjuang atas dasar kebangsaan, oleh itu mereka merasakan PAS
berjuang di atas landasan yang betul.
     "Mereka faham, walaupun bertahalluf siyasi, PAS tidak gadai
prinsipnya sebagai sebuah parti Islam, tetapi Umno sanggup gadai
prinsip kerana takut kehilangan MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain,"
katanya selepas menyerahkan 30 borang berkenaan kepada Naib Ketua
Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Iskandar Al Hiss pada program ceramah umum
di kampung itu baru-baru ini.
    Turut serta pada program dihadiri kira-kira 500 orang itu ialah
Pengerusi KERABAT, Mohd Zulkafli Daud dan Timbalan Yang DiPertua PAS
Lenggong, Hushairi Ariffin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan